Beijing 2022: 14 ribu sukarelawan mula laksanakan tanggungjawab

25/01/2022 07:48 PM

BEIJING, 25 Jan -- Seramai 14 ribu sukarelawan terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah dari pelbagai universiti di Beijing akan berkhidmat ketika temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 akan datang.

Para sukarelawan mula melapor diri di venue temasya sukan dengan slogan "Bersama ke Arah Masa Depan yang Dikongsi (Together for a Shared Future)" bagi menjalankan tugas masing-masing.

Universiti Kejuruteraan dan Seni Bina Beijing menyediakan satu sepanduk besar untuk 140 sukarelawan terpilih menurunkan tandatangan masing-masing.

Semua sukarelawan telah dilatih mengenai kawalan wabak, pengajian bahasa asing, aspek kesukarelawanan dan pengurusan kecemasan serta akan berkhidmat untuk acara luncur ais berbunga serta luncur ais pecut trek pendek.

Sementara itu, sukarelawan dari Universiti Pusat Kewangan dan Ekonomi yang terdiri daripada 323 mahasiswa dan 12 pensyarah bersama-sama tiga universiti lain ditugaskan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.

Universiti Peking, Universiti Tsinghua, Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) dan lain-lain akan ditugaskan mengikut giliran ke temasya sukan tersebut.

— BERNAMA