Joseph Schooling Bersara Dari Sukan Renang

Perenang Singapura, Joseph Schooling -- fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA SEPANG, Aug 18 — Singapore swimmer Joseph Schooling fielding questions from the media on arrival at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) today for the SEA Games (KL2017). -- fotoBERNAMA (2017) COPYRIGHT RESERVED
02/04/2024 12:00 PM

SINGAPURA, 2 April (Bernama) -- Satu-satunya pemenang pingat emas Sukan Olimpik Singapura, Joseph Schooling telah mengumumkan persaraan beliau daripada sukan renang kompetitif pada Selasa.

Schooling yang mencipta sejarah untuk republik itu dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu semasa Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.

“Saya sentiasa bersyukur untuk setiap pengalaman yang telah dibawa dalam sukan renang dalam hidup saya. Kemenangan itu mengujakan, kekalahan mengecewakan dan semua itu telah membentuk ketahanan dalam diri saya yang akan saya bawa ke bab seterusnya," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Schooling berkata beliau tidak sabar untuk meneroka minat baharu dan menghadapi cabaran baharu  dalam fasa seterusnya dalam hidup beliau.

"Terima kasih kepada penyokong saya kerana menyokong saya pada setiap langkah. Saya harap anda akan menyertai saya ketika saya memulakan pengembaraan baharu ini,” katanya.

-- BERNAMA