Siaran Media Bersama Sokongan Majlis Paralimpik Malaysia & NEUTROVIS Untuk Sukan Paralimpik Tokyo 2020

20/09/2021 05:12 PM

BERIKUTAN KEJAYAAN DI SUKAN PARALIMPIK TOKYO 2020, NEUTROVIS MEMPERUNTUKKAN SUKU JUTA RINGGIT SEBAGAI GALAKAN KEPADA SKUAD PARALIMPIK NEGARA DAN PERLINDUNGAN KESELAMATAN KOMUNITI OKU DI SELURUH NEGARA MELALUI KERJASAMA DENGAN MAJLIS PARALIMPIK NEGARA (MPM)

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Dato’ Sri Megat D. Shahriman, Chef de Mission Kontijen Paralimpik Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyatakan ucapan terima kasih beliau kepada NEUTROVIS, di atas sokongan ikhlas mereka kepada Kontijen Paralimpik Malaysia.

Di dalam majlis yang berlangsung di Grand Millennium Kuala Lumpur, NEUTROVIS menyampaikan ‘mock cheque’ kepada MPM, menyumbangkan sejumlah 250,000 unit Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium, bernilai RM 175,000. Pelitup separuh muka ini akan diagihkan kepada komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri kelahiran 22 atlit yang telah mewakili Malaysia, di samping 25 buah pertubuhan kebangsaan yang bersekutu dengan MPM. Setiap atlit akan diberikan kod promo yang spesifik, di mana mereka akan agihkan kepada komuniti OKU di negeri kelahiran mereka. Pelitup separuh muka akan dihantar oleh pasukan NEUTROVIS ke alamat penerima melalui tempahan yang dibuat dengan kod promo tersebut.