Olimpik Beijing 2022: Upacara perasmian jadi fokus

21/01/2022 03:47 PM

BEIJING, 21 Jan  -- Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 berbaki 14 hari dan sesi raptai terakhir sedang giat dilaksanakan.

Pengarah Upacara Perasmian dan Penutupan temasya Zhang Yimou berkata, kerja-kerja inovatif telah dimulakan seawal dua tahun setengah yang lalu.

Dalam satu sesi temubual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG) pada Khamis, beliau berkata upacara perasmian kali ini bermatlamat 'ringkas tapi menarik' dijadual berlangsung selama kurang daripada 100 minit.

Zhang berkata terdapat sekitar tiga ribu peserta terlibat dalam persembahan kesenian di ruang besar Stadium Negara, manakala teknologi canggih akan digunakan untuk memperoleh kesan visual terbaik.

Upacara perasmian temasya kali ini merangkumi elemen seperti romantik, moden, kesenian serta sains dan teknologi, katanya.

"Berbanding Sukan Olimpik 2008, perubahan paling ketara adalah watak utama digantikan dari 'saya' kepada 'kita'.

"Pada edisi 2008, fokus terhadap memberi pemahaman kepada penonton bagi mengenali kebudayaan tradisional China, manakala semangat dan konsep ‘bersama ke arah masa depan yang dikongsi” (together to a shared future) akan menjadi fokus dalam edisi 2022," ujar Zhang.

-- BERNAMA