Rebut Peluang Menang Perjalanan Ke Olimpik Paris 2024 Bersama Allianz Malaysia

Kredit : Allianz Malaysia
28/03/2024 12:04 AM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Allianz Malaysia (Allianz) akan menghadiahkan 10 pelanggannya dengan perjalanan sekali seumur hidup untuk menyaksikan Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi kempen Road to Paris 2024 bermula 6 Mac hingga 31 Mei ini.

Allianz dalam kenyataan memaklumkan, selain itu dengan pembelian mana-mana polisi yang layak daripada perlindungan hayat, perubatan, motor dan gaya hidup berpeluang memenangi sama ada hadiah utama - perjalanan untuk dua orang menghadiri Majlis Perasmian Sungai Seine yang unik atau menyaksikan perlawanan akhir badminton.

“Setiap pembelian baharu produk Allianz Life atau Allianz General akan memberikan anda 10 entri. Lebih banyak polisi yang dibeli, lebih tinggi peluang untuk menang,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, produk insurans hayat yang layak di bawah kempen berkenaan termasuk Allianz UltimateLink, menampilkan perlindungan hayat dan kewangan di bawah satu pelan, memberikan pelanggan kelonggaran untuk menyesuaikan produk mengikut keperluan mereka.

“Pilih rider perubatan seperti HealthInsured, sebuah pelan perubatan direka untuk perlindungan komprehensif atau rider penyakit kritikal PrimeCare+ yang mempunyai perlindungan lebih daripada 150 penyakit kritikal dan memastikan kestabilan kewangan sepanjang rawatan tanpa mengganggu pelan hayat.

“Pelan insurans berkaitan pelaburan dengan premium biasa dan perlindungan tinggi seperti Allianz everLink Plus memberikan anda perlindungan insurans hayat dengan premium bulanan serendah RM125 dan Allianz EverLink Signature yang menyediakan perlindungan komprehensif dengan tempoh komitmen pendek dan terma perlindungan fleksibel,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, pelanggan mempunyai enam produk insurans am termasuk Allianz MediCure, Perlindungan Komprehensif Kenderaan Peribadi, Smart Home Cover, Allianz Shield Plus (untuk kemalangan Peribadi), Allianz Motorcycle Plus dan Allianz Travel Insurance.

Menurut kenyataan itu, tiga mata boleh diraih apabila mendaftar dan log masuk ke aplikasi MyAllianz atau di laman sesawang https://allianz.com.my/customer.

“Pelanggan baharu boleh mendaftar minat mereka di laman sesawang kempen kami dan raih satu entri untuk peluang memenangi satu daripada 300 barangan eksklusif berjenama Allianz termasuk beg kalis air, beg duffel dan mainan maskot Paris 2024,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan sebagai Rakan Insurans Olimpik dan Paralimpik sedunia, kerjasama lapan tahun antara Allianz dan Gerakan Olimpik dan Paralimpik (OPM) bermula pada 2021 menjadi kesinambungan kerjasama dengan Gerakan Paralimpik sejak 2006.

"Berkongsi nilai kecemerlangan, salong menghormati dan persahabatan, Allianz melengkapi pandangan Gerakan Olimpik yang  menerajui jenama atas kepercayaan bahawa dunia akan menjadi tempat lebih baik ‘jika semua orang lebih berani daripada takut’. Ini juga adalah sebab mengapa Allianz menjanjikan pelanggannya untuk ada 'keyakinan pada hari esok’,” menurut kenyataan itu.

 -- BERNAMA